Tuesday, June 2, 2009



Kisah Aku Sepanjang 4 Semester Di UUM…

Dalam keadaan tak sedar,dah empat semester aku belajar kat UUM…huhu…nak cakap soal pengalaman neh banyak la sgt pengalaman yang aku dapat…ada yang manis ada yang pahit…Namun,Alhamdulillah semuanya aku dapat atasi dengan baik dan berakhir dengan sempurna…yang aku hairan,dah semester ke empat barulah aku nak aktif sesangat dekat dalam kampus…Dengan GPMS,dengan Pusat Budaya Dan Seni (PBS) dan DPP TNB…Alhamdulillah,semua pengalaman yang aku dapat akan aku hargai dengan sebaiknya untuk dijadikan pengalaman dalam menempuhi alam pekerjaan.

Sekarang aku nak story mory sikit pasal PBS atau dalam bahasa inggerisnya Culture and Arts Centre…Syukur sangat sebab dengan PBS aku dapat a lot of experience expecially how to manage event and program…Firstly,aku nak ucap thanks a lots to Kak Anim coz seawal aku join PBS aku dibawah dia sebagai AJK Rakaman dan Ternikal dan yang bestnya dengan Kak Anim dia xpenah nak marah anak buahnya dan sangat prihatin dengan kebajikan anak-anak buahnya…THANKS Kak Anim…


Bagi Pegawai dekat PBS aku nak Thanks kat Cik As,perangai dia pown sama dengan Kak Anim,x penah marah n senantasia membantu student…THANKS Cik As…Selain tu,aku nak ucapkan terima kasih jgak kepada akak-akak yang lain, Kak Jatt,KaK Sue, Kak Azizah,Kak Ecah (kene sebut nama dia neh,klo x dia x nak kawan nnty..hehe),Shiela, Abg Jiman,Syapik,Niezam DLL…

Sebab diorang banyak membantu aku time aku menjadi Pengarah Projek untuk Hari Interaksi di Perak hari 2…semua masalah yang timbul sama-sama kita atasi…THANKS korang semua…saya amat menghargai jasa baik korang…hehehehe…klo ada yang kurang korang jgnla marah k…

Time cuti neh program aku dengan PBS adalah “back up singer” time Karnival Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia)…huhu…walaupun suara aku xsedap, sudi jugak Encik Harris n Kak Kinah ajar aku…THANKS Encik Harris n Kak Kinah…Kebajikan student bila join program dengan PBS amatlah baik…JUsteru,kepada mahasiswa n mahasiswi UUM,joinlah PBS,Grup Estetika ataupown kelab-kelab lain,sebab memang best n dapat mengelak rasa bosan di UUM n dapat memperbaiki soft skill anda untuk menjadi graduan yang terbaik dan mampu bersaing dengan graduan2 universiti lain…

Nak citer plak program aku dengan PBS sem depan…huhu..banyak gila program sem depan dalam perancangan, antaranya BAKSIS,Program Kebudayaan n macam2 lagi la…Aku akan citer dekat blog nie dari semasa ke semasa…

Sem 4 nie aku ada join 2 program dengan TNB iaitu Malam Tan Sri P.Ramlie dan Puan Sri Saloma n Program Kau Insan Istimewa…Best la join program dengan TNB neh selain merapatkan hubungan aku dengan budak2 TNB n mengenali diorang dengan lebih mendalam…

Oklah..jumpa g dalam post aku yang seterusnya………..

2 comments: